Pengarang: admin
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Kasih Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 5 Tahun 2021 yang melibatkan (3) keluarga penerima di Mukim Bagan.
Program lawatan ziarah kasih seumpama ini merupakan salah satu langkah proaktif dalam menyantuni golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi ketika mendepani era Pasca Covid-19. Gerak usaha ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang...
MAJLIS IFTAR BERSAMA PEGAWAI DAN ANGGOTA ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Majlis Iftar bersama Pegawai dan Anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor di Surau Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada 6 Mei 2021. Baginda turut menunaikan solat Maghrib dan solat hajat berjemaah di surau tersebut. Allah Peliharakan Sultan.
PROGRAM PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA MASJID JAMEK KAMPUNG PADANG SARI, MUKIM SIMPANG KIRI, DAERAH BATU PAHAT
Pada hari ini, YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Kepada Masjid/Surau bagi Bulan April Fasa 2 Tahun 2021 bertempat di Masjid Jamek Kampung Padang Sari, Mukim Simpang Kiri, Daerah Batu Pahat.
Kurniaan sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Encik Azam bin Jasman selaku Pemangku Pengerusi Masjid.
Tuan Pegawai Daerah turut berkesempatan menunaikan Solat Fardhu Zohor berjemaah di masjid tersebut disamping dapat beramah mesra bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Ahli Kariah.
...
PROGRAM ZIARAH SEMPENA PENYAMPAIAN SUMBANGAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN APRIL FASA 5, TAHUN 2021 DAERAH JOHOR BAHRU
Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyampaikan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor serta Ziarah Kasih kepada tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik.
Beliau menyampaikan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan April Fasa 5 tahun 2021.
Turut mengiringi beliau Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
1. Penerima pertama merupakan warga emas mengalami sakit diabetis kronik yang...
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TERIMA MENGADAP DELEGASI PERSATUAN PENULIS-PENULIS SUKAN MALAYSIA (SAM)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap delegasi Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada hari ini, 5 Mei 2021. Dalam pertemuan tersebut, Baginda turut menyampaikan sumbangan kurnia kepada persatuan tersebut. Allah Peliharakan Sultan.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) FASA LIMA BULAN APRIL 2021 BAGI MUKIM KULAI, DAERAH KULAI
Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Lima Bulan April 2021 kepada tiga keluarga di Mukim Kulai, petang tadi.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah YBhg Datuk Mohd Jafni Bin Mohd Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras DUN Bukit Batu; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kami berharap sumbangan DYAM TMJ ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh tiga keluarga penerima ini.