Pengarang: admin
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di sekitar daerah Mersing bagi bulan Ogos (Fasa 2 dan 3) tahun 2021.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohd Arif Bin Samsi, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, MAIJ Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan...
JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN OGOS 2021 DI MUKIM JOHOR LAMA DAERAH KOTA TINGGI
YBhg. Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Johor Lama Daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup...
ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 2 OGOS
Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Parit Jawa dan Mukim Parit Bakar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19.
Turut hadir Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Sukarelawan Southern Volunteers Muar.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 dan Fasa 3 bulan Ogos bertempat di Mukim Labis, Gemereh, Sg. Segamat dan Jabi.
Penerima yang terpilih adalah keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid19, bencana rumah terbakar, mempunyai tanggungan yang ramai, menghidap penyakit yang membataskan pergerakan dan juga keluarga dhaif.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka...
RAKYAT ADALAH KEUTAMAAN
Kestabilan dan kehidupan Rakyat adalah keutamaan dan bukan kepentingan peribadi.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
YBhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang serta Ketua Kampung Mengkibol, Ketua Kampung Bentong dan Ketua Kampung Dato’ Abd. Rahman Yassin, Kluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada...