Pengarang: Admin
Salam Maal Hijrah 1445H dan semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua, dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Buloh Kasap.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar dari Mukim Pt Bakar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi, telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik, OKU, uzur, sakit terlantar serta mereka yang berpendapatan rendah.
ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU ABU BAKAR IBRAHIM
Selamat Ulang Tahun kepada anak saya Tunku Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail. Babah loves you very much. Semoga ALLAH sentiasa berkati dan kurniakan rahmat. Amin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi bulan Julai Tahun 2023.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Bagan Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.