Skip to main content

Pengarang: Admin

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal B Hashim, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima dari Mukim Lenga dan Bukit Kepong. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TAHUN 2023 BAGI DAERAH MERSING

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama Ahli-ahli Jawatankuasa kampung-kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Mersing. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.

Continue reading

SELAMAT HARI PEKERJA

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kejayaan negeri Johor. Terima kasih atas perjuangan dan pengorbanan anda. Selamat Hari Pekerja! DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1444H BERSAMA DELEGASI PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1444H bersama delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini, 30 April 2023 di Istana Bukit Pelangi, Johor. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, YBhg. Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Mahadi, YBhg. Datuk Seri Hj Rosmadi Bin Ismail, Naib Encik Mohd Joehari Bin Mohd Ayub dah Encik Mohd Firdaus Bin Mohamed. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN RACING CITY GROUP BAGI MEMBINCANGKAN PERANAN SELAKU AHLI LEMBAGA KUMPULAN BOLA SEPAK GLOBAL

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGALU-ALUKAN KUNJUNGAN RACING CITY GROUP BAGI MEMBINCANGKAN PERANAN SELAKU AHLI LEMBAGA KUMPULAN BOLA SEPAK GLOBAL DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan dari pengasas Racing City Group Naser Al Tamimi dan Morris Pagniello bagi membincangkan potensi kerjasama yang akan menyaksikan DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi ahli lembaga kumpulan bola sepak. Naser merupakan Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan UAE, Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa,...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan keluarga yang daif, golongan asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) juga individu daripada pelbagai bangsa dan agama yang memerlukan.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.