Skip to main content

Pengarang: Admin

LAWATAN KE PUSAT TEMUDUGA KANAK-KANAK (CIC)

Pada hari ini, saya telah melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru bersama YAM Che’ Puan Besar Khaleeda. Istana Johor dan Kerajaan Negeri Johor akan memberikan sumbangan untuk menambahbaik CIC ini, memperkasakan kekuatan pasukan polis D11 dan untuk menyediakan sebuah CIC di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar dan di Iskandar Puteri bagi melancarkan usaha PDRM menjalankan siasatan dan menyelesaikan kes-kes penderaan kanak-kanak di Johor. Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dengan PDRM, JKM dan dengan garis panduan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH KOTA TINGGI

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor di Mukim Ulu Sungai Johor, Daerah Kota Tinggi. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah inisiatif berterusan yang membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor adalah terdiri daripada berbilang...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Mei 2022 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penghulu Mukim Sedenak dan Ketua Kampung Ayer Manis. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Continue reading

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH : PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN MEI FASA 2 TAHUN 2022

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Pagoh, Lenga dan Bukit Kepong bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan masjid/surau diperkampungan orang asli.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor serta sesi lawatan dan tinjauan kebakaran oleh Tuan Pegawai Daerah Tangkak. Kediaman Encik Omar Bin Ibrahim telah terlibat dalam kebakaran pada jam 8:30 pagi di Kampung Sialang Dalam, Tangkak. Punca kebakaran masih didalam siasatan pihak Bomba. Hampir 50% bahagian dapur rumah mangsa hangus dijilat api serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Mangsa yang merupakan peserta e-kasih berstatus miskin di Daerah Tangkak telah menerima bantuan tunai melalui kurniaan Tunku Mahkota Johor. Semoga Encik Omar tabah menghadapi ujian dan cabaran...

Continue reading

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik! Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa berkorban masa dan tenaga serta tidak pernah jemu melaksanakan tanggungjawab. Jasa anda dalam membangun bangsa akan sentiasa dikenang. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.