Skip to main content

Pengarang: Admin

YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR MEYUMBANG PERALATAN PERUBATAN BERNILAI LEBIH RM28 JUTA UNTUK KEGUNAAN HOSPITAL KERAJAAN

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Sumbangan Perkakasan Perubatan oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor dengan kerjasama Yayasan Temasek Singapura. DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada hari ini (5 Mac). Hadir sama, Pengarah Kesihatan Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh. Kementerian Kesihatan dan Jabatan...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Pegawai Daerah Mersing, Ybhg. Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi bulan Februari (Fasa 1) Tahun 2022. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT BAGI BULAN FEBRUARI FASA 2

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim selaku Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku oleh Pegawai Daerah Segamat telah diserahkan kepada 5 buah keluarga di sekitar Mukim Gemas Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung. Penerima terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, mempunyai penyakit kronik, tidak bekerja tetap, warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dari anak-anak dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai. Semoga...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.