Skip to main content

Pengarang: Admin

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan pentadbiran daerah Pontian, Encik Mohd Azmee Bin Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 10 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Api-Api dan Mukim Pontian berserta 2 buah masjid (Masjid Parit Haji Siraj, Mukim Api-Api & Masjid Parit Kudus, Mukim Pontian) dan sebuah surau (Surau Kg Mahkota,Mukim Pontian). Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang...

Continue reading

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MELAWAT STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL BERSAMA PENYELIA PADANG JDT DAN CAPAI KATA SEPAKAT DENGAN PIHAK STADIUM UNTUK PADANG BAHARU

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melawat Stadium Nasional Bukit Jalil dan berbincang mengenai penajaan rumput jenis Zeon Zoysia kepada stadium itu dengan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia Dan Sukan. DYAM Tunku Ismail turut menawarkan untuk menaja beberapa peralatan penyelenggaraan padang selepas padang ditukar. Perbadanan Stadium Malaysia mengalu-alukan penajaan tersebut namun meminta kerja-kerja tersebut hanya dimulakan pada Januari 2023 berikutan stadium telah ditempah sepenuhnya dengan pelbagai acara...

Continue reading

MELAWAT DAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA KERJA POLIS DIRAJA MALAYSIA KONTINJEN JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Johor bagi melawat dan beramah mesra bersama wargakerja Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Johor pada 15 Mac 2022 yang turut dihadiri oleh YDH CP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Ketua Polis Johor. Dalam majlis tersebut, baginda turut menyaksikan sesi penyerahan tiga buah motosikal Kawasaki GTR 1400 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor kepada Istana Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING

Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing bagi bulan Februari Fasa 2 Tahun 2022. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan. Turut...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di mukim Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan dari segi agama dan bangsa. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas yang uzur, pesakit OKU (fizikal), terlibat dalam kemalangan jalan raya, serta penghidap masalah buah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.