Skip to main content

Pengarang: Admin

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Ziarah Kasih YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar ke Mukim Bandar bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat berjiwa besar kepada bangsa Johor yang serba kekurangan. Pegawai Daerah Muar menyantuni Encik Rahman Bin Ruhiat yang mengalami kanser dan strok. Beliau mempunyai tanggungan seramai 5 org anak. Keadaan beliau terlantar dan dijaga oleh isteri dan anak-anak. Penerima yang kedua Puan Achel Binti Shukor, yang menetap di Jalan Daud Muar. Beliau merupakan ibu tunggal dan...

Continue reading

MAJLIS LAWATAN RAMAH MESRA & JAMUAN TEH WARGAKERJA 7 BRIGED DI KEM MAHKOTA, KLUANG

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Lawatan Ramah Mesra & Jamuan Teh Wargakerja 7 Briged di Kem Mahkota, Kluang pada 22 Februari 2022. Semasa lawatan tersebut, baginda telah merasmikan Sukan Muhibbah 7 Briged bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SINGAPORE AIRSHOW 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah dijemput oleh Kerajaan Singapura dan bersetuju berangkat untuk menyaksikan SINGAPORE AIRSHOW 2022 pada hari ini, 16 Februari 2022.

Continue reading

MENERIMA MENGADAP KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAINJ, PENGARAH JAINJ DAN MUFTI NEGERI JOHOR

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, YB Dato Haji Md Rofiki bin Dato Haji A. Shamsudin, Pengarah JAINJ dan SS YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor di Ibu Pejabat JDT pada hari ini, 15 Februari 2022. MAINJ telah mengutip RM342.2 juta untuk Zakat 2021, peningkatan hampir 10% berbanding kutipan tahun sebelumnya. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

MENERIMA MENGADAP MENTERI DALAM NEGERI

Saya telah terima mengadap YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri baru-baru ini. Kami berbincang perkara berkenaan kekurangan tenaga anggota Polis DiRaja Malaysia di negeri Johor, terutamanya di kawasan pembangunan baharu seperti di Pengerang, Johor. Faktor keselamatan di Johor juga dibincangkan kerana ia adalah amat penting. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.