Skip to main content

Pengarang: Admin

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor telah disempurnakan oleh Wakil Rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat; Encik Muhammad Hafizuddin bin Abd Jalal, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat). Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku MahKota Ismail kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Jementah.

Continue reading

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah kenal erti penat lelah dalam mendidik para pelajar. Jasa anda dalam membangun bangsa akan sentiasa dikenang. Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM TEBRAU DAN MUKIM PULAI DAERAH JOHOR BAHRU

Penyampaian kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor telah diserahkan kepada penerima dari Mukim Pulai dan Mukim Tebrau daerah Johor Bahru. Pada lawatan tersebut, Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru dan Encik Muhamad Rashdan bin Rahmat, Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan Masyarakat menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada penerima. Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban...

Continue reading

SESI MESYUARAT DAN ‘WORKOUT’ BERSAMA PENGARAH TEKNIKAL QATAR FA DAN KETUA PEGAWAI SUKAN AKADEMI ASPIRE, TIM CAHILL

Dari sesi mesyuarat ke sesi ‘workout’, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perbincangan dengan Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire, Tim Cahill untuk projek bola sepak baharu. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SELAMAT HARI IBU

Sambutan Hari Ibu merupakan hari penting untuk menghargai dan menghormati jasa ibu yang telah memberikan kasih sayang dan pengorbanan tanpa kenal erti lelah dan jemu. Terima kasih dan Selamat Hari Ibu kepada Mama, isteri saya, adik saya dan ibu-ibu di luar sana! Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.