Skip to main content

ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH : PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi bulan Julai kepada 10 ketua isi rumah di sekitar Mukim Sungai Balang. Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU RAJA BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Tangkak, Serom dan Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak. Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan. Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit kronik serta keluarga yang kurang berkemampuan. ...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH MERSING

Pada hari ini, wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Muhibbah sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Tahun 2022. Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Mersing, Mukim Padang Endau dan Mukim Triang. Program lawatan Ziarah Muhibbah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT BAGI BULAN JULAI 2022

Penyampaian Kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat. Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada Pesara, Bekas Anggota Tentera yang Kurang Upaya dan Balu Anggota Tentera dan penerima-penerima ini telah dicadangkan dari Persatuan Veteran ATM Cawangan Segamat yang diketuai oleh Kapten (B) Ismail Jamil. Penyerahan ini melibatkan mukim-mukim di sekitar...

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH PONTIAN

Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Ahmad Azhar Bin Ab Hamid dan Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 15 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Pontian dan Mukim Jeram Batu, Pengkalan Raja. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT

YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Pemangku Raja bagi Bulan Julai fasa 1 Tahun 2022. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Simpang Kanan kampung baharu dan Mukim Sungai Punggor Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.