Penyampaian Kurniaan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai telah disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada Pesara, Bekas Anggota Tentera yang Kurang Upaya dan Balu Anggota Tentera dan penerima-penerima ini telah dicadangkan dari Persatuan Veteran ATM Cawangan Segamat yang diketuai oleh Kapten (B) Ismail Jamil.
Penyerahan ini melibatkan mukim-mukim di sekitar...
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Ahmad Azhar Bin Ab Hamid dan Encik Mohd Zulhafiz Bin Md Salih, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada 15 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar daerah Pontian khususnya di Mukim Pontian dan Mukim Jeram Batu, Pengkalan Raja.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA BAGI BULAN JULAI FASA 1 TAHUN 2022 DAERAH BATU PAHAT
YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali , Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Pemangku Raja bagi Bulan Julai fasa 1 Tahun 2022.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Simpang Kanan kampung baharu dan Mukim Sungai Punggor Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Tanjung Surat dan Pengerang, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Turut serta dalam penyerahan...
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR, PEMANGKU RAJA
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ), Pemangku Raja bagi Fasa 1 bulan Julai kepada 15 Ketua Isi Rumah miskin bandar (miskin tegar) di Mukim Bandar.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini Penghulu Mukim Bandar, dan Ketua Kampung.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU RAJA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan ini merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup...