Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Disember kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti.
“Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan yang berterusan.”
ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN DISEMBER
YBhg Tuan Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah mengadakan lawatan dan ziarah kasih ke Mukim Bakri dan Mukim Bandar bagi menyerahkan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khusus di Muar ini sentiasa menjadi keutamaan. Bantuan one off adalah bagi...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Enam Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Senai dan Mukim Kulai pagi tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 6 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti. Turut mewakili dalam penyerahan ialah En Mohd Fazle Bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat.
“Kurniakanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat dan kesejahteraan yang berterusan”.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI DAERAH MERSING
Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Mukim Mersing, Tenglu dan Padang Endau Bagi Bulan November (Fasa 4, 5 Dan 6) Tahun 2021
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah ialah Tuan Haji Hefnee Bin Md. Noor, Penghulu Kanan Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, YPKDT Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, dan Penghulu-penghulu Mukim.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Herman bin Raban, Ketua Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan dan Penghulu Mukim Kluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi...