Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 5 dan Fasa 6 bagi bulan November 2021 bertempat di Mukim Kota Tinggi dan Mukim Kambau, Daerah Kota Tinggi.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan mencerminkan keperibadian baginda sebagai raja berjiwa rakyat yang amat prihatin dan mengambil berat soal kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Antara keluarga-keluarga penerima kurniaan DYAM...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 5 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
Pn. Fazlina Azawiyah binti Esa, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 5 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan penyampaian melibatkan penerima di Mukim Simpang Kanan. Manakala Penghulu Tinggi telah menyempurnakan sesi penyampaian kepada beberapa buah keluarga di Mukim Minyak Beku.
Turut hadir, Penghulu Mukim Simpang Kanan; Penghulu Mukim Minyak Beku; Ahli Puspanita Cawangan Daerah Batu Pahat; Ahli “Southern Volunteers” Batu Pahat; serta Ketua...
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN NOVEMBER FASA 4 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT
Pn. Fazlina Azawiyah binti Esa, Penolong Pegawai Daerah telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan November Fasa 4 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan penyampaian melibatkan beberapa buah keluarga di Mukim Simpang Kanan. Manakala Ketua Penghulu telah menyempurnakan sesi penyampaian kepada beberapa buah keluarga di Mukim Linau.
Turut hadir, Penghulu Mukim Simpang Kanan; Penghulu Mukim Linau; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Ahli Puspanita Cawangan Daerah Batu Pahat; Ahli “Southern...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 5 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti.
Sesungguhnya kurniaan ini turut mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada bangsa johor, khasnya penduduk daerah Segamat.
Semoga Allah SWT sentiasa memberikan keredhaan dan rahmat berterusan kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.
“Berikanlah kekuatan dan ketabahan kepada keluarga penerima ini untuk menghadapi perjuangan dan ujian dalam kehidupan. Semoga kurniaan...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Empat dan Fasa Lima Bulan November 2021 kepada beberapa keluarga di dua buah Mukim iaitu Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah wakil Amin Baitulmal Daerah Kulai, wakil Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh...
KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT – FASA 4 BULAN NOVEMBER 2021
Tn Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 4 bulan November kepada beberapa penerima yang telah dikenalpasti.
Penerima merupakan dari kalangan keluarga yang sedang menghadapi cabaran hidup yang getir terutamanya mereka yang terkesan dalam fasa Andemik Covid19 ini.