Skip to main content

Pengarang: admin

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN OGOS FASA 1 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohamad Izzuddin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Daerah telah hadir mewakili Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Ogos Fasa 1 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Sri Medan, Mukim Sri Medan (Parit Sulong) dan Mukim Simpang Kanan. Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Penghulu Mukim Sri Medan; Penghulu Mukim Sri Medan (Parit Sulong); Pegawai...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Ogos bertempat di Mukim Buloh Kasap. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG

Ybhg. Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A.Hamid telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Niyor, Paloh dan Ulu Benut, Daerah Kluang. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang, Niyor, Paloh dan Ulu Benut serta Ketua Kampung yang berkaitan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI FASA 3 TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohamad Izzuddin bin Ibrahim, Penolong Pegawai Daerah mewakili Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Fasa 3 Tahun 2021 yang telah melibatkan beberapa keluarga termasuk di Mukim Lubok dan Mukim Simpang Kiri. Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Penghulu Kanan Mukim Simpang Kiri; Penghulu Mukim Lubok; Pegawai Kemajuan Perkampungan Cina; dan Ketua-Ketua Kampung terlibat. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Satu Bulan Ogos 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Sedenak dan Mukim Bukit Batu, hari ini. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan...

Continue reading

HARI KEBANGSAAN SINGAPURA KE-56

Tahniah saya ucapkan kepada sahabat kami Singapura kerana menyambut Hari Kebangsaan ke-56. Saya sangat menghargai persahabatan Johor dengan Singapura dan berharap Singapura akan terus menikmati keamanan dan kesejahteraan. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.