Skip to main content

Pengarang: admin

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua Bulan Ogos 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, petang semalam. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Senai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor adalah untuk membantu meringankan beban dan...

Continue reading

KEADAAN PUSAT KUARANTIN DI HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Saya telah mengadakan perjumpaan hari ini bersama YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Dr. Aman bin Rabu, Pengarah JKNJ, YBhg Dato’ Prof. Adeeba Kamarulzaman dan Dr. Dhesi Baha Raja susulan paparan media sosial viral mengenai keadaan pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Hasil daripada perjumpaan ini, saya telah menitahkan agar pengurusan situasi Covid-19 ditambahbaik dan penyumberan luar pesakit bukan Covid-19 ke hospital swasta bagi meringankan bebanan...

Continue reading

ZIARAH KASIH PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Encik Mohamad Fahmi Bin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah mengadakan ziarah kasih ke Mukim Ayer Hitam dan Mukim Sungai Balang bagi menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang sangat prihatin dan kasih kepada Bangsa Johor yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19. Turut hadir Penghulu Tertinggi, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Sukarelawan Southern Volunteers Muar. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif secara berterusan baginda untuk memastikan...

Continue reading

MAJLIS PEMBUKAAN PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DUN JOHOR YANG KE-14

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat hadir merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Yang Ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 12 Ogos 2021. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 & FASA 2 BULAN OGOS 2021 MUKIM SEDILI BESAR DAN MUKIM SEDILI KECIL, DAERAH KOTA TINGGI

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 dan Fasa 2 bagi bulan Ogos 2021 bertempat di Mukim Kota Tinggi, Mukim Sedili Besar dan mukim Sedili Kecil daerah Kota Tinggi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Penghulu Kanan Daerah Kota Tinggi serta penghulu-penghulu mukim. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor dalam membantu golongan yang serba memerlukan terutamanya dalam mendepani pandemik Covid-19 yang mencabar untuk kelangsungan hidup terhadap mereka yang terputus sumber pendapatan,...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Tuan Haji Mohammed Shakib Bin Haji Ali selaku Pegawai Daerah Tangkak telah mengadakan kunjungan dan menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Kesang, Mukim Kundang, Mukim Grisek dan Mukim Bukit Serampang. Turut serta dalam penyerahan ini, Encik Mohd Nazef Mubaraq Bin Kamarudin, Penolong Pegawai Daerah Tangkak, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Pegawai Perhubungan Masyarakat Cina, Ketua-ketua Kampung serta warga kerja Pejabat Daerah Tangkak. Semua penerima menjunjung kasih atas sumbangan DYAM TMJ dan semoga pemberian ini serba sedikit dapat...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.