Skip to main content

Pengarang: admin

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 3 BULAN JULAI 2021 DAERAH KOTA TINGGI

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bulan Julai 2021 bertempat di Mukim Ulu Sungai Sedili Besar dan Mukim Sedili Besar daerah Kota Tinggi. Turut mengiringi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang amat prihatin dan mengambil berat dalam membela nasib rakyat yang serba memerlukan dalam mendepani ujian dan rintangan kehidupan. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor yang...

Continue reading

KADAR VAKSINASI DAN BEKALAN VAKSIN DI JOHOR

Saya telah mengadakan perjumpaan dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan, dan YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini (8 Ogos 2021) di Royal Johor Polo Club mengenai kadar vaksinasi dan pembekalan vaksin di Johor. Hasil perbincangan ini, Johor akan menerima sebanyak 2 juta dos vaksin untuk bulan Ogos 2021. Dos vaksin ini akan tiba: Minggu 1...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI FASA 2, TAHUN 2021 DAERAH BATU PAHAT

Tuan Haji Ahmad Nazri bin Rebu, Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Fasa 2 Tahun 2021 yang telah melibatkan beberapa keluarga di Mukim Simpang Kanan dan Mukim Kampung Bahru. Turut hadir, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; wakil Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Simpang Kanan; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Pegawai Kemajuan Perkampungan Cina; dan Ketua-Ketua...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 3 bulan Julai bertempat di Mukim Jementah. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH SEGAMAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md. Ali , Pegawai Daerah Segamat telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 2 bulan Julai bertempat di Mukim Pogoh. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Tiga Bulan Julai 2021 kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai dan Mukim Senai, hari ini. Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Datuk Hj Mohd Jafni Md Shukor, Penyelaras Khas DUN (JPKD) Bukit Batu, ; En Abdul Rahman Bin Abdullah, Penyelaras JPKD Senai, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong Pegawai Daerah Kulai, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.