Pengarang: Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Cik Puan Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah, Kluang) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Norazmi bin Md. Anuar, Penghulu Kanan serta Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang...
TERIMA MENGADAP KEPIMPINAN BAHARU DELEGASI AHLI MAJLIS TERTINGGI MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR (MBNJ)
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap kepimpinan baharu delegasi Ahli Majlis Tertinggi Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) pada hari ini, 20 Julai 2023. Allah Peliharakan Sultan.
MAJLIS BACAAN DOA AKHIR/AWAL TAHUN SERTA BACAAN YASSIN, TAHLIL & DOA KESYUKURAN BERSEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 1445H
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai wakil rasmi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor berangkat ke Majlis Bacaan Doa Akhir/Awal Tahun serta bacaan Yassin, Tahlil & Doa Kesyukuran bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor tahun 1445H di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada hari ini, 18 Julai 2023. Allah Peliharakan Sultan.
MAAL HIJRAH
Salam Maal Hijrah 1445H dan semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua, dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan Allah SWT. Insya-Allah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT
Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.
Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kali ini telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga kurang berkemampuan dari Mukim Buloh Kasap.
Sesungguhnya kurniaan ini mencerminkan akan keprihatinan dan kasih sayang yang berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khususnya penduduk Daerah Segamat.
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH: PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada penerima yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan dan sakit terlantar dari Mukim Pt Bakar.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Pemangku Penghulu Tertinggi Daerah Muar, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.