Skip to main content

Pengarang: Admin

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 10 Kampung Bahru, Daerah Batu Pahat, Johor. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 KEMBALI MENEMUI RAKYAT

Selepas hampir tiga tahun Kembara Mahkota Johor (KMJ) tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal membuka tirai Ogos ini. Kali terakhir KMJ diadakan pada tahun 2019, dan kini DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor akan kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat. KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800 kilometer. Ikuti perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ...

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai, hari ini. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua Kampung yang terlibat. Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang...

Continue reading

TERIMA MENGADAP PRESIDEN FILIPINA

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr. dan pasangannya, Louise Araneta di Istana Bukit Serene, Johor pada hari ini, 27 Julai 2023. Turut hadir sama dalam majlis pertemuan tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan isteri serta YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan isteri. Allah...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.