Skip to main content

Pengarang: Admin

SESI MINUM PETANG BERSAMA PERDANA MENTERI SINGAPURA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda memulakan lawatan rasmi ke Singapura dengan sesi minum petang bersama Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong dan pasangannya, Datin Paduka Ho Ching di Istana, Singapura pada 10 Julai 2023. Pada sesi ini, Baginda berdua saling bertukar idea serta perkembangan baharu dengan Perdana Menteri Singapura dan isterinya. Ini adalah acara pertama untuk lawatan rasmi selama tiga hari Baginda berdua ke Singapura. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

LAWATAN RASMI DULI YANG AMAT MULIA MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR KE SINGAPURA DARI 10 HINGGA 12 JULAI

Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura dari 10 hingga 12 Julai 2023 atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. Baginda akan ditemani Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam, serta pegawai istana dan pemimpin negeri Johor. Dalam lawatan ini, Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong dan Datin Paduka Ho Ching akan menjadi tuan rumah kepada Baginda dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda untuk sesi minum teh, manakala Menteri...

Continue reading

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu Mukim Jemaluang dan ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.

Continue reading

TERIMA MENGADAP KETUA POLIS NEGARA BAHARU

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YDH IG Tan Sri Razarudin Bin Husain, Ketua Polis Negara yang baharu pada hari ini, 8 Julai 2023 di Istana Bukit Serene, Johor. Turut hadir sama adalah YAM Che’ Puan Besar Khaleeda, YDH DIG Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH DCP M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Timbalan Ketua Polis Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

SOLAT JUMAAT

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersama paduka-paduka anakanda menunaikan Solat Jumaat di Surau Dato’ Hj Mohd Lip Bin Bedu, Kem Sultan Ibrahim pada hari ini.

Continue reading

KELUARGA DIRAJA JOHOR SUMBANG LEBIH RM123 JUTA SEPANJANG TEMPOH PANDEMIK COVID-19

YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor berkata sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sahaja, Keluarga DiRaja Johor menyumbang lebih RM123 juta merangkumi pelbagai jenis sumbangan membantu seramai 1.6 juta Bangsa Johor mendepani cabaran sewaktu pandemik berkenaan. Datuk Onn Hafiz berkata, malah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sanggup mengambil risiko dengan menitahkan pegawai-pegawai Istana Johor turun ke kelapangan bagi menghulurkan bantuan berupa kit dan peralatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat. “Tidak cukup dengan itu, Keluarga DiRaja Johor...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.