Skip to main content

Pengarang: Admin

LAWATAN RASMI KE SEKOLAH MENENGAH KUO CHUAN PRESBYTERIAN

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda diiringi oleh Menteri Negara (Pendidikan) Singapura, Gan Siow Huang telah melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian pada 12 Julai 2023 bagi mendengar taklimat berkenaan sistem pendidikan di Singapura. Hadir sama adalah Pengetua Sekolah Menengah Kuo Chuan Presbyterian, Jason Tan. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

LAWATAN RASMI KE IBU PEJABAT ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA (SAF)

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) meluangkan masa untuk melawat Ibu Pejabat Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 12 Julai 2023 di Kem Pasir Ris, Singapura. DYAM Tunku Mahkota Johor yang diiringi oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dipersembahkan dengan demonstrasi Close Quarters Battle (CQB). Baginda turut dijemput untuk mempamerkan kemahiran aksi menembak dalam satu rutin latihan menembak tentera. Sesi lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi...

Continue reading

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH TANGKAK

Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Tangkak yang telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Tangkak, Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah. Inisiatif Tunku Mahkota Johor ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan bangsa dan agama. Bagi fasa ini, kurniaan diserahkan kepada golongan warga emas, pesakit kanser serta pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan berkala. Turut serta dalam penyerahan ini, Penolong...

Continue reading

MAJLIS HI-TEA BERSAMA MENTERI KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA SINGAPURA & SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PERSATUAN BOLA SEPAK JOHOR DAN PERSATUAN BOLA SEPAK SINGAPURA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meluangkan masa menghadiri Majlis Hi-Tea bersama Edwin Tong, Menteri Kebudayaan, Masyarakat Dan Belia Singapura di Hotel Shangri-La, Singapura pada 11 Julai 2023. Baginda seterusnya menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Bola Sepak Johor dan Persatuan Bola Sepak Singapura yang melibatkan kerjasama dalam pembangunan bola sepak termasuk pembentukan kejohanan acara bola sepak tahunan antara pasukan Pilihan Johor dan Pilihan Singapura mulai 2024. Allah Peliharakan...

Continue reading

PERTEMUAN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN SINGAPURA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor meneruskan lawatan rasmi ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Kewangan, Lawrence Wong di The Treasury pada 11 Julai 2023. Singapura adalah rakan kongsi ekonomi strategik kepada Johor dan mempunyai potensi untuk lebih banyak pertumbuhan masa depan. Perbincangan ditumpukan kepada cadangan zon ekonomi khas (SEZ) Johor-Singapura untuk ditubuhkan di Johor dan untuk menambah baik lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara Singapura dan Johor. Hadir...

Continue reading

MAJLIS SANTAPAN MAKAN MALAM BERSAMA MENTERI HAL EHWAL LUAR NEGARA SINGAPURA

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda menghadiri Majlis Santapan Makan Malam bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, YBhg. Dr Vivian Balakrishnan dan isteri, Puan Balakrishnan di Hotel Cappela, Singapura pada 10 Julai 2023. Baginda turut berkongsi idea baharu bersama Dr Vivian sebagai usaha untuk meningkatkan hubungan rapat antara Johor dan Singapura. Pertemuan membabitkan kedua-dua pemimpin ini merupakan kesinambungan daripada lawatan Dr Vivian pada 13 Mac lalu di Istana Bukit Serene, Johor. Allah Peliharakan...

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.