Pengarang: Admin
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi.
Kurniaan ini merupakan Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor yang menyasarkan penerima kurniaan adalah dikalangan sakit kronik serta mereka yang berpendapatan rendah.
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BULAN JUN FASA 2 TAHUN 2023
Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu Mukim Mersing dan ketua-ketua kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA BEBERAPA KELUARGA DI MUKIM SENAI
Yang Berhagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Senai.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Amin Baitulmal Daerah Kulai, Imam Daerah Kulai, Penghulu Mukim Senai dan Ketua Kampung yang terlibat.
Turut menerima kurniaan daripada DYAM Tunku Mahkota Johor ialah masjid dan surau di Daerah Kulai. Antara surau yang terlibat Surau Tmn Aman; Surau Tmn Dawani dan Surau Tmn Damai...
SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YAM TUNKU KHALSOM AMINAH SOFIAH BINTI TUNKU ISMAIL
Happy Birthday To My Beloved Daughter, Khalsom. Semoga ALLAH Sentiasa Memberkati Lily Always. Babah and Mama Love You Very-Very Much. ❤️💙
TERIMA MENGADAP MANTAN PENGELOLA BIJAYA DIRAJA, DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP), PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI JOHOR DAN PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Brig. Jen. Dato’ Haji Ali bin Haji Musa (B), Mantan Pengelola Bijaya DiRaja, YB Datuk Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), YBrs. Ir. Haji Mohammad Salleh Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas pada hari ini, 22 Jun 2023. Allah Peliharakan Sultan.
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN
Ybhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota kepada beberapa buah masjid dan beberapa buah keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Pontian.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti...