Skip to main content

Pengarang: Admin

MAJLIS SANTAPAN MALAM BERSEMPENA FESTIVAL SUKAN KEBANGSAAN SIKH KE-71

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Santapan Malam bersempena Festival Sukan Kebangsaan Sikh ke-71 yang diadakan di Grand Bayview Seafood Restaurant, Johor pada hari ini, 3 Jun 2023. Hadir sama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

TERIMA MENGADAP KUNJUNGAN HORMAT MENTERI PERTAHANAN INDONESIA

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto pada hari ini, 2 Jun 2023 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Allah Peliharakan Sultan.

Continue reading

PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH PONTIAN

YBhg. Tuan Haji Zainal Bin Eran, Pegawai Daerah Pontian bersama rombongan Pentadbiran Daerah Pontian, Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain Bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian berkesempatan menyampaikan sumbangan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Pontian. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim 8 Sri Gading dan Parit Raja Daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.