Skip to main content

Pengarang: Admin

PROGRAM KEMBARA CANSELOR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN UTHM KE-30

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Program Kembara Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersempena Sambutan Ulang Tahun UTHM ke-30 pada 19 Jun 2023, bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM telah meluangkan masa beramah mesra dengan Pengurusan Tertinggi UTHM, merasmikan Pejabat Yayasan UTHM, melawat Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail di universiti tersebut. Baginda turut menyerahkan sumbangan kepada para pelajar daripada golongan asnaf dan...

Continue reading

SULTAN JOHOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI SINGAPURA DAN ISTERI PERDANA MENTERI SINGAPURA

Hubungan persahabatan antara Johor dan Singapura yang terjalin kukuh sejak dahulu terus diperkukuhkan dengan kunjungan hormat serta lawatan mesra dalam kalangan kepemimpinan tertinggi kedua-dua pihak. Pada hari ini (16 Jun), hubungan persahabatan antara Johor dan Singapura terus dieratkan dengan kunjungan hormat daripada Encik K Shanmugam, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura serta Datin Paduka Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura. Encik Shanmugam dan Datin Paduka Ho Ching membuat kunjungan hormat ke atas DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

Encik Mohd Iskandar Bin Rahim, Penolong Pegawai Daerah selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga Penerima di Mukim (10) Kampung Bahru daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini Penolong-Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan dan Ketua Kampung yang terlibat. Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan...

Continue reading

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT

YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Tanjung Sembrong, daerah Batu Pahat. Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.

Continue reading

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.