Pengarang: Admin
Pitch maintenance done. All set for tonight’s match.
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH BATU PAHAT
YBhg Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor. Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Linau, Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TAHUN 2023
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Penyabong telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena Penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Penyabong, Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing.
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KULAI
Yang Berbahagia En. Azmi Bin Ahmad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di Mukim Batu, Kulai pada hari ini.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti keluarga miskin dan daif, kehilangan pendapatan, pesakit kronik, OKU dan mereka yang difikirkan layak.
Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kulai (Fizikal), Amin Baitulmal Daerah Kulai, JKM Kulai, Yayasan...
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Ybhg Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Mohd. Rafi bin Abdullah telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Renggam, daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Pegawai PTD, YDP MDSR, Kadi Daerah, CADO, ADO, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir...
MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN KEPADA YB DATO’ HJ SHAHUL HAMID BIN HJ M.T.P ABDUL KADIR
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke majlis perkahwinan anak perempuan kepada YB Dato’ Hj Shahul Hamid Bin Hj M.T.P Abdul Kadir yang berlangsung pada hari ini, 20 Mei 2023.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah YAM Che Puan Besar Khaleeda, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan YB Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah. Allah Peliharakan Sultan.