YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi daerah Batu Pahat.
Lawatan tersebut melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Lubok dan Bagan Daerah Batu Pahat.
Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib baik.
PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH KLUANG
Wakil rasmi Pegawai Daerah Kluang, Encik Mohd Faiz bin Mohd Salleh (Ketua Penolong Pegawai Daerah) telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa keluarga di mukim Kluang, Niyor, Paloh, Kahang, Ulu Benut dan Machap, Daerah Kluang.
Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Cik Nurul Nadiah binti Mohd Shah (Penolong Pegawai Daerah), Penghulu Kanan, Penghulu Mukim dan ketua kampung.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu...
PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR KEPADA PENDUDUK DAERAH KULAI
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan Penyampaian Kurniaan Bulan Julai dari Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada penduduk di Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, hari ini.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan seperti pesakit kronik, keluarga B40, anak-anak yatim, OKU, asnaf dan mereka yang difikirkan layak.
ZIARAH KASIH PEGAWAI DAERAH : PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor bagi bulan Julai kepada 10 ketua isi rumah di sekitar Mukim Sungai Balang.
Kurniaan ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan di samping dapat meringankan beban mereka.
PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU RAJA BAGI DAERAH TANGKAK
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja dan sesi kunjungan ke kediaman beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Mukim Tangkak, Serom dan Grisek yang telah disempurnakan oleh Encik Azman Bin Haji Mohamed Shah selaku Pegawai Daerah Tangkak.
Inisiatif DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja ini menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga yang daif, asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan tanpa keterbatasan.
Bagi fasa ini, penerima adalah daripada golongan warga emas, ahli isi rumah OKU, pesakit kronik serta keluarga yang kurang berkemampuan.
...
PROGRAM ZIARAH MUHIBBAH SEMPENA PENYERAHAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN JULAI TAHUN 2022 DAERAH MERSING
Pada hari ini, wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Mersing, Encik Muhammad Shahril Azizi Bin Abd Gapar, Pentadbir Tanah Daerah Mersing, telah hadir menyempurnakan Program Ziarah Muhibbah sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan Julai Tahun 2022.
Lawatan pada hari ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Mukim Mersing, Mukim Padang Endau dan Mukim Triang.
Program lawatan Ziarah Muhibbah seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan kurang berkemampuan, dan kurang bernasib...